KUALA LUMPUR 12 Jun – Moomoo Securities Malaysia Sdn Bhd (Moomoo Malaysia) menjadi platform pertama di negara ini yang melancarkan Moomoo AI, platform pelaburan dikuasakan AI dengan rangkaian alat pelaburan bersepadu dalam satu sistem pintar.
Syarikat itu menjadi penyedia perkhidmatan dagangan pertama dan satu-satunya di negara ini yang menyediakan analitik AI bertaraf institusi, pembantu pelaburan AI 24/7, dan alat perdagangan algoritma dalam satu platform untuk pelabur individu.
Ketua Pegawai Eksekutif Moomoo Malaysia, Ivan Mok berkata, penerapan AI ke dalam pengalaman pelaburan membolehkan pengguna memproses maklumat dengan lebih pantas, mengenal pasti peluang lebih awal serta melaksanakan strategi dengan lebih tepat.
"Moomoo AI menawarkan kecerdasan pasaran dan disiplin pelaksanaan yang sebelum ini hanya tersedia kepada institusi, namun kini direka khas untuk pelabur individu yang aktif.
"Tekologi tersebut membolehkan pelabur beroperasi dengan lebih jelas, pantas, dan berdisiplin sepanjang keseluruhan kitaran pelaburan daripada penyelidikan hingga ke pelaksanaan," katanya dalam satu kenyataan.
Moomoo AI dilengkapi enjin analisis saham lanjutan yang menggabungkan indikator teknikal, metrik asas, isyarat sentimen, dan data aliran modal secara masa nyata bagi membantu pelabur mendapatkan pandangan lebih tepat terhadap potensi sesuatu sekuriti serta mengurangkan kebergantungan kepada penyelidikan manual.
Selain itu, pembantu pelaburan AI 24/7 turut disediakan sebagai penasihat pintar yang sentiasa tersedia untuk menjawab pertanyaan pelabur merentasi sektor, kelas aset, dan peristiwa pasaran dengan pandangan yang relevan dan menyeluruh.
Platform itu juga menawarkan alat reka bentuk strategi dagangan automatik berasaskan algoritma, iaitu perisian mesra pengguna tanpa kod yang membolehkan pelabur merangka, menguji dan melaksanakan strategi secara automatik tanpa perlu menulis sebarang kod.
Pengguna Moomoo akan diberikan akses percubaan kepada ciri-ciri baharu termasuk Analisis Saham AI selama 30 hari, lima pertanyaan percuma melalui pembantu AI bagi pengguna baharu serta akses percuma kepada fungsi Perdagangan Algo untuk semua pelanggan.- DagangNews.com








