KWSP beli 5.02% saham 99 Speed Mart | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

KWSP beli 5.02% saham 99 Speed Mart

Oleh Shamsiah Zulkafli

KUALA LUMPUR 10 Jun - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membeli 5.02% saham dalam 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd melalui urus niaga terus di luar pasaran.

 

Menurut makluman di Bursa Malaysia, KWSP membeli 421.79 juta saham 99 Speed Mart. 

 

Ini merupakan pegangan pertama KWSP dalam syarikat itu sejak ia tersenarai sebagai satu daripada saham dalam Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) pada Disember lalu.

 

Bagaimanapun, harga pembelian dan nama penjual tidak didedahkan. 

 

Jika dikira berdasarkan harga saham pada 4 Jun lalu iaitu RM2.06, nilai keseluruhan pembelian dianggarkan bernilai sekitar RM868.89 juta.

 

Ketua Pegawai Eksekutif 99 Speed Mart, Lee Thiam Wah, masih memegang saham terbesar dalam syarikat dengan 79.68% pegangan.

 

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebelum ini memberi pengecualian kepada 99 Speed Mart daripada syarat pegangan awam minimum 25% semasa penyenaraian syarikat itu.

 

99 Speed Mart disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada September tahun lalu dengan harga permulaan RM1.65 sesaham. 

 

Saham syarikat berkenaan pernah mencapai harga tertinggi RM2.58 pada Disember 2024. - DagangNews.com