KPDN siasat 87 syarikat berhubung dakwaan kartel umrah | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

KPDN siasat 87 syarikat berhubung dakwaan kartel umrah

Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN

KUALA LUMPUR 17 Mac — Sebanyak 87 syarikat  pengendali umrah kini sedang disiasat oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) berhubung dakwaan wujud kartel umrah.

 

Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Dr Fuziah Salleh berkata siasatan itu dilakukan susulan terdapat petunjuk mengenai penetapan harga di kalangan beberapa syarikat yang menawarkan perkhidmatan perjalanan umrah.

 

“Apabila harga ditetapkan, pengguna tidak berupaya mendapatkan tawaran terbaik. 

 

 

 

 

 

 

"Oleh itu, MyCC memainkan peranan penting dalam membendung aktiviti kartel umrah ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Jualan Mega Madani Rahmah Aidilfitri 2026 di perkarangan Masjid Sultan Ahmad Shah di Sungai Isap Perdana di Pahang.

 

Dalam masa yang sama, beliau turut menasihatkan orang ramai yang merancang menunaikan umrah agar mempertimbangkan aspek keselamatan, khususnya berikutan situasi geopolitik semasa.

 

 

 

 

 

 

Fuziah berkata dalam Islam, aspek keselamatan perlu diberikan keutamaan termasuk ketika sedang melakukan ibadah.

 

"Jika keadaan tidak selamat, maka tidak menjadi kewajipan untuk menunaikan umrah kerana keselamatan adalah paling penting untuk difikirkan," katanya. - DagangNews.com