KUALA LUMPUR 30 Jun – HHRG Berhad memaklumkan anak syarikat milik penuhnya, HHRG Capital Sdn Bhd, telah membuat satu laporan polis terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Fong Chee Khuen.
HHRG Capital, yang terlibat dalam perniagaan pemberi pinjaman wang berlesen, telah mengesan apa yang digambarkan sebagai “ketidakteraturan kewangan dan transaksi pinjaman wang tanpa kebenaran” yang berlaku pada bulan Mac 2024.
Fong juga merupakan seorang pengarah dalam HHRG Capital.
Kumpulan itu menyatakan operasi Syarikat dan juga HHRG Capital tidak dijangka mengalami sebarang kesan material akibat perkembangan ini.
Syarikat akan membuat pengumuman lanjut sekiranya terdapat sebarang perkembangan material berhubung perkara ini.
Ini susulan pengumuman-pengumuman terdahulu oleh HHRG Berhad berkaitan situasi semasa yang melibatkan bekas CEO tersebut. - DagangNews.com








