Gangguan bekalan elektrik berpunca daripada Stesen Janakuasa Edra Melaka, kawasan terjejas pulih sepenuhnya - TNB | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Gangguan bekalan elektrik berpunca daripada Stesen Janakuasa Edra Melaka, kawasan terjejas pulih sepenuhnya - TNB

Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN

KUALA LUMPUR 16 Okt – Bekalan elekrik yang terjejas susulan insiden gangguan teknikal di Stesen Janakuasa Bebas Edra, Melaka sudah pulih sepenuhnya pada pukul 5.54 petang, semalam.

 

Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam satu kenyataan memaklumkan insiden gangguan teknikal dikesan pada pukul 4.12 petang di stesen janakuasa tersebut yang terpelantik (trip) dan menyebabkan kehilangan beban sebanyak 2,200 MW. 

 

“Pemulihan bekalan telah dilaksanakan secara berperingkat dan dipulihkan sepenuhnya pada pukul 5.54 petang,” katanya.

 

Bagaimanapun, terdapat beberapa kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan yang berasingan namun ia tidak berkaitan dengan insiden tersebut yang masih belum dipulihkan.

 

TNB berkata, pihaknya akan meneruskan usaha tindakan pembaikan dengan kadar segera.

 

“Kami amat menghargai kesabaran pelanggan yang terkesan dan memohon maaf atas kesulitan 
yang dialami.

 

“Keutamaan kami adalah memulihkan bekalan dengan selamat dan secepat mungkin bagi memastikan kestabilan sistem dan keselesaan pelanggan,” kata TNB.


 
Dalam pada itu, Stesen Janakuasa Bebas Edra dalam satu kenyataan memaklumkan, gangguan teknikal itu berlaku ketika kejadian rebut petir dan hujan lebat.

 

Untuk melaporkan sebarang gangguan bekalan atau mendapatkan bantuan, pelanggan boleh

 

Gangguan bekalan elektrik yang berlaku di beberapa Kawasan sekitar Lembah Klang dan Johor Bahru petang semalam disebabkan Stesen Janakuasa Edra Melaka dipanah petir ketika hujan lebat dan ribut.

 

“Usaha pemulihan segera dilaksanakan bagi memulihkan penjanaan kuasa sepenuhnya dengan selamat.

 

“Stesen Janakuasa Edra Melaka sudah kembali beroperasi. Langkah-langkah pencegahan turut sedang dikaji bagi meminimumkan risiko gangguan pada masa hadapan,” kata kenyataan itu. 

 

Edra memberi jaminan kepada orang ramai bahawa segala langkah yang perlu sedang diambil untuk membetulkan keadaan, memastikan kestabilan sistem serta memulihkan bekalan elektrik yang mampan secepat mungkin. - DagangNews.com