Cendana Auto hadir DSA bersama kenderaan perisai MIFV dinaik taraf, prototaip ISV | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Cendana Auto hadir DSA bersama kenderaan perisai MIFV dinaik taraf, prototaip ISV

Prototaip ISV dipercayai dibina berasaskan reka bentuk Vektor Cendana Auto.
Oleh Zaki Salleh

KUALA LUMPUR 17 April – Syarikat automotif pertahanan tempatan, Cendana Auto Sdn Bhd (CASB) bakal mempamerkan dua model kenderaan taktikal utama pada pameran Defence Services Asia (DSA) 2026.

 

Dua aset tersebut adalah kenderaan perisai MIFV (rebuild) yang telah dinaik taraf serta prototaip kenderaan seksyen infantri atau ISV.

 

Ini antara produk terbaharu dibangunkan syarikat itu untuk ditawarkan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

 

 

 

 

 

 

 

 

Menurut CASB, ISV yang akan dipamerkan merupakan prototaip terbaharu hasil penambahbaikan daripada model terdahulu. 

 

Kenderaan
Kenderaan Vextor yang dibangunkan Cendana Auto.

 

Kenderaan
Model pelbagai kenderaan buatan Cendana Auto.

 

Kenderaan ini direka sebagai platform pengangkutan utama bagi menggerakkan satu unit taktikal kecil melibatkan 8 hingga 10 anggota bersama kelengkapan operasi.

 

Bergantung kepada keperluan misi, kenderaan ISV boleh terdiri daripada kenderaan ringan tanpa perisai sehingga kepada platform tempur yang dilengkapi persenjataan. 

 

Namun, secara umumnya ISV diklasifikasikan sebagai kenderaan ringan dengan mobiliti tinggi, direka khusus untuk kegunaan bagi atrugerak pantas di medan.

 

Dalam masa sama, CASB turut menampilkan hasil program naik taraf MIFV yang dilaksanakan melalui kerjasama strategik bersama syarikat pertahanan Korea Selatan, Hanwha Aerospace. 

 

 

 

 

Kenderaan
Model MIFV dinaik taraf juga bakal dipamerkan Cendana Auto pada DSA 2026.

 

Kenderaan

 

Kerjasama ini dimeterai menerusi memorandum persefahaman (MoU) yang menjadi asas kepada pembangunan projek berkenaan.

 

Melalui kolaborasi tersebut, satu prototaip K200 MIFV yang telah dinaik taraf berjaya dibangunkan bagi tujuan ujian dan penilaian. 

 

Fokus utama program ini melibatkan peningkatan keupayaan kuasa tembakan, mobiliti serta ketahanan sistem, sekali gus bertujuan memanjangkan jangka hayat operasi kenderaan berperisai itu.

 

Dalam perkembangan berkaitan, CASB memaklumkan bahawa pihaknya telah pun menyerahkan kenderaan Commander Combat Vehicle (CCV) kepada ATM pada suku keempat tahun lalu.

 

Kenderaan
Kenderaan CCV yang telah dibekalkan Cendana Auto kepada ATM (gambar media sosial).

 

Kenderaan

 

Menurut syarikat itu, reka bentuk awal CCV telah melalui beberapa fasa penambahbaikan selepas proses ujian  termasuk perubahan yang dibuat berdasarkan keperluan pengguna. 

 

Antara penyesuaian ketara melibatkan pengubahsuaian pada bahagian kabin belakang bagi meningkatkan keselesaan serta keupayaan operasi.

 

 

 

 

 

 

Penyertaan CASB pada DSA 2026 dijangka menjadi platform penting dalam memperkenalkan keupayaan industri pertahanan tempatan.

 

Ini sekali gus memperkukuh usaha memperkasakan aset mobiliti taktikal ATM melalui pembangunan teknologi dalam negara. - DagangNews.com