Bursa Malaysia gantung aktiviti jualan singkat harian saham AirAsia X selepas susut lebih 15% | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Bursa Malaysia gantung aktiviti jualan singkat harian saham AirAsia X selepas susut lebih 15%

Oleh HAMDEN RAMLI

KUALA LUMPUR 5 Mac – Aktiviti jualan singkat harian (IDSS) bagi saham AirAsia X Bhd digantung selepas kaunter itu merosot lebih 15% dalam dagangan pada Khamis.

 

Saham syarikat penerbangan jarak jauh itu dibuka sedikit tinggi pada RM1.73 berbanding RM1.68 sebelumnya sebelum merosot ke paras terendah RM1.42, iaitu paras yang kali terakhir dilihat pada April 2025.

 

 

 

 

 

Setakat 3.50 petang, saham tersebut susut 14.88% atau 25 sen kepada RM1.43, sekali gus meletakkan nilai pasaran syarikat pada kira-kira RM5.71 bilion.

 

Sebanyak lebih 79 juta saham didagangkan, menjadikannya antara kaunter paling aktif di Bursa Malaysia.

 

Secara keseluruhan, saham AirAsia X telah mencatatkan penurunan 17.82% sejak awal tahun ini.

 

 

 

 

 

Kemerosotan saham itu berlaku ketika ketegangan konflik di Timur Tengah semakin memuncak, sekali gus menekan saham-saham sektor penerbangan berikutan kebimbangan terhadap kenaikan harga minyak serta kemungkinan gangguan operasi penerbangan- DagangNews.com