Tarikan kejiranan baharu Megah Rise di Petaling Jaya dibuka pada 18 Disember 2022 | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Tarikan kejiranan baharu Megah Rise di Petaling Jaya dibuka pada 18 Disember 2022

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 15 Dis - Tarikan kejiranan baharu kepada penduduk di sekitar Taman Megah, Petaling Jaya, Megah Rise akan mula dibuka pada 18 Disember 2022. 

 

PPB Properties dalam satu kenyataan berkata, Megah Rise bakal menjadi tarikan baharu untuk komuniti di sekitar Taman Megah. Ia juga dijangka menjadi hab komuniti untuk kejiranan di sini saling berkumpul. 

 

Menurutnya, dengan ruang untuk disewa berukuran lebih kurang 142,000 kaki persegi, ia bakal mengumpulkan rangkaian menjamu selera, pasaraya premium dan kemudahan rekreasi.

 

"Para pengunjung bakal menikmati pilihan luas untuk menjamu selera apabila Megah Rise dibuka kelak, yang memenuhi pelbagai citarasa.

 

"Tarikan lain yang menanti, antaranya Megah Rise Badminton Club, Mr DIY, JooEe Grooming Maison dan So Eyewear," katanya.

.

Menurut kenyataan itu, selain pilihan menjamu selera, Megah Rise menawarkan berbagai-bagai aktiviti untuk semua peringkat usia. 

 

Katanya, Bazar Hujung Minggu menanti para pengunjung setiap dua kali seminggu bermula 4 petang hingga 11 malam, di samping #MegahWalk, susur siar yang boleh dinikmati bersama haiwan peliharaan di sekitar Megah Rise. 

 

 

megah

 

 

"Selain itu, mural sepanjang 115 meter bertemakan batik yang penuh warna-warni di sekitar susur siar menjadikan Megah Rise tarikan untuk Instagram," katanya.

 

Orang ramai dijemput untuk hadir ke Megah Rise untuk menikmati pelbagai tarikan dan aktiviti pembukaan dan hujung tahun sepanjang hari, seperti permainan, peraduan, hadiah istimewa, bergambar bersama maskot, bazar Krismas dan workshop. 

 

Promosi pembukaan lain termasuk Peraduan Belanja dan Menang yang menanti para pengunjung bertuah berpeluang memenangi sehingga RM30,000 hadiah yang disediakan.

 

Untuk keterangan lanjut mengenai aktiviti yang disediakan, sila layari www.megahrisemall.com.my atau laman Facebook, Instagram dan TikTok kami di @MegahRiseMall. - DagangNews.com