Tanco peroleh kontrak RM82.76 juta bagi projek pangsapuri Rumah Selangorku | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Tanco peroleh kontrak RM82.76 juta bagi projek pangsapuri Rumah Selangorku

Oleh DIYANA ISAMUDIN

KUALA LUMPUR 27 Julai - Tanco Holdings Bhd telah memperoleh kontrak RM82.76 juta untuk pembinaan projek Rumah Selangorku daripada Win Global Builder Sdn Bhd.

 

Menurut makluman kepada Bursa Malaysia semalam, Tanco berkata anak syarikatnya, Tanco Builders Sdn Bhd telah menerima surat pemberian (LOA) daripada Arkitek CKL, bagi pihak Win Global Builder yang merupakan pemaju projek.

 

Kontrak tersebut melibatkan pelaksanaan kerja-kerja bangunan utama dan infrastruktur bagi projek tersebut, yang akan mempunyai satu blok pangsapuri Rumah Selangorku.

 

Projek itu terdiri daripada 400 unit, tadika, tempat letak kereta dan kemudahan penjaga seperti surau, pejabat pengurusan, dewan, kedai, kolam renang, ruang sampah dan pos pengawal.

 

Tanco Builders dijangka menyiapkan kerja dalam tempoh 32 bulan sebaik sahaja tarikh kontrak mula diputuskan.

 

Pada April lalu, Win Global Builder telah melantik Tanco Properties Sdn Bhd, satu lagi anak syarikat Tanco, untuk menjadi perunding pengurusan projek bagi projek itu.

 

Pada hari dagangan semalam, saham Tanco ditutup naik 0.5 sen atau 0.9% kepada 56 sen, memberikannya modal pasaran bernilai RM1.08 bilion. - DagangNews.com