Tanah Mah Sing di Sepang, Pasir Gudang berpotensi dibangunkan pusat data - MIDF Research | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Tanah Mah Sing di Sepang, Pasir Gudang berpotensi dibangunkan pusat data - MIDF Research

Oleh M. HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 25 Jun - Mah Sing mempunyai bank tanah yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai pusat data iaitu MSS Business Park, di Sepang dan Meridin East di Pasir Gudang, Johor.

 

MIDF Research berkata, penglibatan dalam perniaaan pusat data membolehkan pendapatan berulang buat Mah Sing.

 

Katanya, ini seperti yang bakal dinikmati daripada kerjasamanya dengan Bridge Data Centres dalam pembangunan Mah Sing DC Hub bekeluasan 17.55 ekar di Southville City, Bangi.

 

"Kepelbagaian ke dalam pusat data adalah untuk meningkatkan pendapatan berulang Mah Sing. 

 

"Mah Sing berkemungkinan mempunyai kira-kira 20% kepentingan dalam kerjasama pusat data dan sumbangan pendapatan dianggarkan RM25 juta setahun mulai tahun kewangan (FY) 2026 dan seterusnya," katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

 

east
Meridin East merupakan sebuah perbandaran dibangunkan Mah Sing yang terletak berdekatan Pasir Gudang dan Johor Bahru.

 

MIDF Research dalam pada itu mengekalkan ramalan pendapatan untuk FY24F/25F tetapi menyemak semula ramalan pendapatan FY26F sebanyak +6.4%.

 

"Ini mengambil kira sumbangan pendapatan daripada kerjasama pusat data dengan BDC," jelasnya.

 

Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan 'Beli' dengan harga sasaran dinaikkan kepada RM1.94 sen sesaham.

 

"Kami semak semula TP untuk Mah Sing kepada RM1.94 daripada RM1.83 sesaham kerana kami mengecilkan diskaun RNAV kepada 15% daripada 20% memandangkan keterlihatan pendapatan lebih baik dan prospek jualan baharu yang stabil. 

 

"Kami kekal positif pada tinjauan jangka panjang untuk Mah Sing kerana ia terlibat segmen kediaman mampu milik yang disokong oleh minat belian yang kukuh. 

 

"Selain itu, kepelbagaian kepada data pusat akan menyediakan pendapatan berulang dalam jangka Panjang," ujarnya. - DagangNews.com