Sunway lancar sekolah teknologi pengkodan 42KL | DagangNews Skip to main content

Sunway lancar sekolah teknologi pengkodan 42KL

Sunway

KUALA LUMPUR 24 Julai - Sunway Group (Sunway) melancarkan sekolah pembelajaran baharu yang berkonsepkan SunK Education Group 42KL iaitu sekolah berteknologi pengkodan yang terkenal di dunia.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, idea tersebut dilihat sangat bernas untuk menghasilkan metodologi baharu, sistem baharu dan pendekatan baharu untuk pendidikan.

"Kita sekarang menghadapi kemajuan geopolitik yang sangat pantas berubah, tetapi tidak ada yang dapat menetang kemajuan dalam teknologi. Perubahan teknologi tidak dapat dielakkan dan kita harus menguasainya dengan cara tertentu untuk memanfaatkan kita semua.

"Kita harus menghadapi jenis pekerjaan, lingkungan dan teknologi baharu dan pendidikan harus bergerak seiring dengan kemajuan itu. Itulah sebabnya saya anggap 42KL ini akan bergerak ke arah kemajuan itu," jelasnya dalam ucapan perasmian ketika melancarkan SunK Education Group 42KL secara dalam talian, semalam.

Datuk Saifuddin Abdullah
DATUK Saifuddin Abdullah

 

Sekolah 42 adalah konsep sekolah yang menggunakan teknologi pengkodan yang canggih dengan model pendidikan tanpa yuran pengajian, tiada guru dan tanpa penggunaan bilik darjah biasa.

Konsep tersebut juga adalah yang pertama di dunia menawarkan pembelajaran 'peer-to-peer' yang dinilai sepenuhnya berdasarkan prestasi.

42KL di Malaysia dibina di bangunan FutureX di Sunway City, Kuala Lumpur dan akan beroperasi dengan 42 model inovatif hasil kerjasama antara Sunway Education Group, Sunway iLabs dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

DR. Elizabeth Lee dan Matt Van Leeuwen
DR. Elizabeth Lee dan Matt Van Leeuwen

 

Antara syarikat perkongsian lain yang berdaftar termasuk Sunway Group, CIMB, Roland Berger, DHL, Huawei dan Carsome.

Sekolah 42 yang pertama telah ditubuhkan di Paris dan Perancis sementara yang kedua pula dibangunkan di Silicon Valley, Amerika Syarikat (AS).

Pelancaran sekolah 42 di Sunway City Kuala Lumpur itu juga adalah salah satu kampus pertama di Asia Tenggara.

Dr.Elizabeth Lee, Matt Wan Leeuwen dan Surina Shukri.
DR. Elizabeth Lee, Matt Wan Leeuwen dan Surina Shukri.

 

Sementara itu, Pengasas dan Pengerusi Sunway, Tan Sri Dr. Jeffery Cheah berkata, kumpulannya berharap usaha tersebut dapat menyumbang dan membantu negara dengan pnghasilan bakat berkualiti bagi mendepani era globalisasi.

"42KL akan membantu meletakkan asas bagi Malaysia untuk menjadi ekonomi digital terkemuka di ASEAN. Usaha ini juga membuktikan komitmen kami terhadap 17 Matlamat Pembangunan Berlanjutan (SDG) yang nyatakan oleh PBB.

"Kami sedar bahawa untuk merialisasikan SDG bukan tanggungjawab pemerintah semata-mata, bahkan memerlukan komitmen semua peringkat masyarakat sama ada sektor swasta, akademik, masyarakat awam dan individu," jelasnya. - DagangNews.com