Sukuk Kelestarian KPJ Healthcare raih pengktirafan pada Anugerah Kewangan Islam Euromoney 2024 | DagangNews Skip to main content

Sukuk Kelestarian KPJ Healthcare raih pengktirafan pada Anugerah Kewangan Islam Euromoney 2024

KPJ Healthcare terajui terbitan Sukuk Wakalah Kelestarian Pertama Malaysia dalam Sektor Penjagaan Kesihatan pada tahun 2023.
Oleh M. HERMAN HAMID

 

KUALA LUMPUR 24 Mei - Sukuk Kelestarian RM555 juta KPJ Healthcare diiktiraf sebagai Urusan Kewangan Islam Terbaik Tahun Ini pada Anugerah Kewangan Islam Euromoney 2024.

 

Euromoney yang juga media kewangan dan perniagaan terkemuka berkata, anugerah itu kerana transaksi tersebut telah berjaya menarik minat ramai.

 

"Permintaan sukuk kelestarian yang pertama di Malaysia itu adalah sangat menggalakkan dengan sukuk berkenaan telah terlebih langganan 11.7 kali.

 

"Ini membuatkan buku pesanan akhir berada pada RM5.3 billion.

 

"Permintaan pelabur yang kukuh itu telah mendorong terbitan ditambah daripada RM450 juta kepada RM555 juta, dengan sebaran kadar yang menyusut 20 mata asas (bps) bagi Sukuk Kelestarian lima tahun, tujuh tahun dan 10 tahun," katanya dalam portal tersebut.

 

ARTIKEL BERKAITAN: KPJ Healthcare terajui terbitan Sukuk Wakalah Kelestarian Pertama Malaysia dalam Sektor Penjagaan Kesihatan

 

eurom

 

Respons kukuh daripada pelabur memperlihatkan permintaan untuk pelaburan lestari di Malaysia sedang berkembang.

 

"HSBC Amanah dan OCBC Bank bertindak sebagai pengurus utama bersama untuk transaksi ini," kata laporan Euromoney itu.

 

 

kpj

 

 

KPJ Healthcare Berhad, melalui anak syarikat milik penuhnya Point Zone (M) Sdn. Bhd. (PZSB), telah berjaya menetapkan harga tawaran bagi Sukuk Kelestarian sulungnya bernilai RM555.0 juta di bawah Program Sukuk Wakalah RM3.0 bilion yang sedia ada pada 6 Mac 2023.

 

Anugerah Kewangan Islam Euromoney memperlihatkan institusi kewangan Islam yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam kategori masing-masing dalam tempoh 12 bulan yang lalu.

 

Anugerah-anugerah ini dinilai oleh satu panel wartawan dan penyelidik Euromoney dan dianugerahkan selepas proses penyelidikan dan temu ramah. 

 

Para pemenang diumumkan di majlis Anugerah Kecemerlangan Euromoney Middle East yang diadakan di Dubai pada 22 Mei 2024.- DagangNews.com