KUALA LUMPUR 4 Julai – SPOTV meterai kerjasama strategik dengan platform penstriman MYTV Mana-Mana bagi memperluas capaian kandungan sukan premium di Malaysia dan mengukuhkan kehadiran jenama di Asia Tenggara.
Menerusi kerjasama itu, pelanggan MYTV Mana-Mana kini boleh menikmati kandungan sukan bertaraf dunia termasuk aksi mendebarkan MotoGP dan WorldSBK, inovatif Formula E, kehangatan Saudi Pro League serta keterujaan Major League Baseball.
Langkah itu dijangka memacu pertumbuhan kedua-dua pihak dan meningkatkan pengalaman tontonan peminat sukan tempatan.
Malahan, kerjasama itu menyaksikan integrasi kandungan SPOTV ke dalam platform OTT MYTV Mana-Mana, sekali gus menggabungkan penawaran hiburan dan sukan MYTV dengan liputan langsung serta atas permintaan eksklusif daripada SPOTV.
Peminat sukan turut diberikan akses lancar ke platform SPOTV bagi membuka lebih banyak kandungan eksklusif secara dalam talian.
Ia juga selaras dengan permintaan yang semakin meningkat terhadap penstriman sukan dinamik dan mudah diakses di pasaran utama seperti Malaysia.- DagangNews.com








