LFC meterai perjanjian dengan EC Markets sebagai Rakan Kongsi Global Rasmi Kelab | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

LFC meterai perjanjian dengan EC Markets sebagai Rakan Kongsi Global Rasmi Kelab

Oleh JOHARDY IBRAHIM

LIVERPOOL 23 Julai – Liverpool FC memeterai perjanjian kerjasama global selama beberapa tahun dengan EC Markets, sebuah firma pembrokeran terkemuka dalam dagangan forex, indeks, ekuiti dan komoditi, sebagai rakan kongsi dagangan pertukaran asing dalam talian rasmi kelab.

 

Kerjasama ini hadir ketika EC Markets sedang melangkah ke fasa pertumbuhan global baharu, dan bakal memberikan syarikat tersebut platform berkuasa untuk memperkukuhkan jenama serta menonjolkan produk dagangan pelbagai aset yang inovatif.

 

Menerusi kerjasama ini, EC Markets juga berpeluang berinteraksi dengan khalayak baharu di pasaran antarabangsa utama melalui saluran digital luas milik LFC serta pangkalan peminat globalnya.

 

Perkongsian strategik ini turut merangkumi peluang penjenamaan yang signifikan di Stadium Anfield, termasuk paparan LED di tepi padang dan papan pengiklanan digital yang akan ditonton oleh 504 juta penonton televisyen setiap musim.

 

Penampilan sulung penjenamaan EC Markets di Anfield dijadualkan berlangsung ketika perlawanan pra-musim menentang Athletic Club pada 4 Ogos ini.

 

Ketua Pegawai Komersial Liverpool FC, Ben Latty berkata, pihaknya mencari rakan kongsi yang berkongsi semangat, cita-cita dan komitmen terhadap inovasi seperti LFC, dan pihaknya berbangga mengalu-alukan EC Markets ke dalam keluarga LFC.

 

“Dengan ratusan juta peminat di seluruh dunia, kerjasama ini akan memberikan pendedahan global kepada EC Markets, dan kami menantikan kolaborasi yang berjaya antara kedua-dua pihak.”

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi EC Markets, Matthew Smith berkata, “Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan Liverpool FC, sebuah kelab yang memiliki sejarah gemilang dan pengaruh global yang luas. Ketika kami menjalin kerjasama dengan kelab nombor satu dalam liga paling berprestij di dunia, kami melihat aspirasi kami turut tercermin dalam semangat Liverpool FC.”

 

“Sama seperti Liverpool FC yang mencapai kedudukan teratas melalui dedikasi dan kejayaan berterusan, kami di EC Markets turut beriltizam untuk meletakkan syarikat kami sebagai peneraju dalam pasaran kewangan – dikenali atas inovasi, kepercayaan, dan komitmen untuk memperkasakan pelanggan kami. Kami menantikan hubungan yang berjaya dan saling menguntungkan.” - DagangNews.com