SPOTV siar AEW Special Revolution secara langsung menerusi strim di Malaysia pada 6 Mac 2023 | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

SPOTV siar AEW Special Revolution secara langsung menerusi strim di Malaysia pada 6 Mac 2023

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 1 Mac - SPOTV akan menyiarkan All Elite Wrestling (AEW) Special Revolution secara langsung dan percuma bagi peminat di Malaysia melalui aplikasi SPOTV NOW. 

 

Saluran sukan itu dalam kenyataan berkata, AEW Revolution adalah siri pertama daripada empat siri istimewa AEW dan salah satu acara gusti yang dinantikan setiap tahun. 

 

"Secara langsung dari Chase Center di San Francisco California, acara selama empat jam penuh aksi hebat itu akan menampilkan Juara Dunia AEW, MJF menentang Bryan Danielson dalam 'Ironman Match' selama 60 minit.

 

"Begitu juga Chris Jericho, Kenny Omega, The Young Bucks, Jon Moxley, Hangman Page, Dr Britt Baker, Samoa Joe dan ramai lagi," katanya.

 

Tambahnya, para peminat boleh strim AEW Revolution secara langsung di SPOTV NOW bermula 6 Mac dengan pra-rancangan pada pukul 8 pagi, diikuti dengan acara utama pukul 9 pagi. 

 

AEW Revolution juga akan disiarkan di saluran SPOTV secara tertunda pada 6 Mac pukul 10 malam di Astro dan Unifi TV. 

 

Aplikasi SPOTV NOW boleh didapati di Google Play Store dan Apple Store. - DagangNews.com