KUALA LUMPUR 16 Dis - Sistem Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah pulih kepada perkhidmatan penuh selepas mengalami gangguan sementara pada semua salurannya termasuk aplikasi i-Akaun KWSP.
Menurutnya, pembayaran bulan caruman semasa majikan (gaji bulan November) dilanjutkan sehingga 30 Disember 2022.
“Tiada caj lewat bayaran akan dikenakan bagi caruman gaji November yang dibayar kepada KWSP semasa tempoh lanjutan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
KWSP juga memberi jaminan bahawa tiada data ahli, simpanan dan maklumat lain telah terjejas atau dikompromi semasa tempoh gangguan.
KWSP memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku. - DagangNews.com








