Simpang masuk Genting Highlands dari KL ditutup pada 22 Februari 2023 - ANIH Berhad | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Simpang masuk Genting Highlands dari KL ditutup pada 22 Februari 2023 - ANIH Berhad

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 21 Feb - Laluan simpang masuk ke Genting Highlands dari Kuala Lumpur di KM36.5 akan ditutup esok mulai 11 pagi hingga 4 petang bagi memberi laluan kerja-kerja baik pulih kecemasan Digi di kawasan tersebut.

 

ANIH Berhad dalam kenyataan hari ini memaklumkan, para pengguna yang ingin ke Genting Highlands boleh menggunakan laluan pusingan-U selepas terowong Genting Sempah untuk meneruskan perjalanan ke destinasi.

 

Bagaimanapun katanya, ANIH Bhd akan membuka laluan tersebut sekiranya perlu demi memastikan kelancaran trafik.

 

"Para pengguna juga dinasihatkan merancang perjalanan pada waktu tersebut bagi keselesaan mereka," katanya.

 

Tambah kenyataan itu, sila ikuti saluran rasmi media sosial ANIH Berhad di Facebook (@Lebuhraya Pantai Timur) dan Twitter (@LPTTrafik) atau Lembaga Lebuhraya Malaysia di Twitter (@llmtrafik) dan Facebook (@Lembaga Lebuhraya Malaysia) untuk mendapatkan informasi tepat serta terkini.

 

 

anih

 

 

Untuk sebarang kecemasan, sila hubungi LPT-Line di talian 1-700-818-700 atau LLM di 1800-88-7752. - DagangNews.com