Silver Ridge dapat kontrak bina terminal kapal persiaran di Melaka bernilai RM170 juta | DagangNews Skip to main content

Silver Ridge dapat kontrak bina terminal kapal persiaran di Melaka bernilai RM170 juta

Gambaran artis Melaka International Cruise Terminal. - Gambar Melaka Gateway
Oleh M. HERMAN HAMID


KUALA LUMPUR 24 Mei - Silver Ridge Holdings Berhad menerusi sebuah anak syarikatnya menerima kontrak berjumlah RM168.83 juta bagi kerja-kerja pembinaan dan pembangunan Terminal Kapal Persiaran Antarabangsa Melaka.

 

Surat tawaran dari Melaka International Cruise Terminal Sdn Bhd bertarikh 23 Mei 2024 itu diterima anak syarikat milik 51% Silver Ridge, Total SR Web 3.0 Sdn Bhd.

 

Anugerah kontrak berkenaan termasuk kerja-kerja pengeboran, kerja-kerja struktur utama, dan perkhidmatan mekanikal serta kejuruteraan untuk terminal kapal persiaran tersebut.

 

 

"Jumlah anugerah kontrak adalah sebanyak RM168.83 juta yang dijangka bermula pada 24 Mei 2024 dan dijadualkan disiapkan pada 23 Ogos 2025," katanya dalam pemakluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

 

silver

 

ARTIKEL BERKAITAN: Silver Ridge raih subkontrak bernilai RM1.9 juta bagi kerja-kerja pemasangan pagar pelindung laluan ECRL

 

Menurut Silver Ridge, skop kerja Anugerah Kontrak adalah dalam lingkungan urus niaga biasa Kumpulan.

 

Katanya, anugerah kontrak berkenaan akan menyumbang secara positif kepada pendapatan setiap saham dan pendapatan masa depan Kumpulan Silver Ridge untuk tahun kewangan yang berakhir pada 30 Jun 2025.

 

"Selain daripada risiko operasi biasa, Lembaga Pengarah SRHB tidak mengetahui sebarang faktor risiko lain yang mungkin timbul daripada Anugerah Kontrak," jelasnya.- DagangNews.com