#ShopeeGivesBack kumpul RM2.9 juta bantu rakyat Malaysia kurang bernasib baik | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

#ShopeeGivesBack kumpul RM2.9 juta bantu rakyat Malaysia kurang bernasib baik

MERCY Malaysia mengagihkan sumbangan barangan keperluan asas kepada mangsa banjir
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 18 Julai - Inisiatif komuniti jangka panjang Shopee, #ShopeeGivesBack telah mengumpul dana sebanyak RM2.9 juta secara kolektif dalam tempoh dua tahun, melalui usaha bersama lebih 40 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) demi membantu rakyat Malaysia kurang bernasib baik yang memerlukan.

 

#ShopeeGivesBack yang dilancarkan pada 1 Mei 2020 semasa kemuncak pandemik COVID-19, menggunakan teknologi untuk membantu golongan yang terabai di Malaysia dan merangkumi empat bahagian, pembangunan masyarakat kurang bernasib baik, perkhidmatan kanak-kanak dan keluarga, badan amal kesihatan dan badan amal alam sekitar. 

 

Platform itu menyediakan sebuah saluran dalam talian kepada rakyat Malaysia bagi menyokong sesebuah usaha dengan cara yang amat mudah. Shopee memastikan NGO-NGO mempunyai rekod yang boleh dipercayai dan berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

 

Sebanyak RM2.1 juta dikumpul melalui saluran derma pada platform yang sentiasa boleh diakses, sambil para pengguna membeli-belah setiap hari dan menderma melalui laman mikro khusus #ShopeeGivesBack. 

 

Sejumlah 56% daripada sumbangan yang dikumpul melalui saluran itu disalurkan kepada NGO berkaitan dengan B40 serta bantuan komuniti seperti Pertubuhan Kasih Neelofa, Islamic Relief Malaysia dan Pusat Jagaan Nurul Jannah. 

 

20% daripada dana yang dikumpul disalurkan kepada NGO yang menyediakan kit perubatan dan klinik bergerak semasa banjir seperti MERCY Malaysia. 14% daripada sumbangan tersebut membantu rakan kongsi seperti UNICEF Malaysia demi memenuhi keperluan kritikal yang melibatkan kanak-kanak yang terpinggir serta keluarga mereka yang terkesan dengan COVID-19. 

 

10% telah disalurkan kepada usaha berkaitan alam sekitar seperti Zoo Negara, yang mana dana yang dikumpul membantu dalam memenuhi keperluan tahunan seperti makanan, kebajikan dan penjagaan veterinar haiwan-haiwan.

 

 

lofa
Seorang wanita menerima bantuan keperluan asas daripada Pertubuhan Kasih Neelofa

 

 

IRM

 

 

Sebanyak RM800,000 telah dikumpul semasa kempen e-dagang khas yang membantu dalam tujuan yang bersasar. Jualan tiket Zoo Negara contohnya, mengumpulkan lebih RM400,000 bagi kebajikan haiwan.

 

Selain itu, lebih RM200,000 dalam dana bantuan banjir (termasuk RM100,000 sumbangan sepadan daripada Shopee) membantu 1,300 keluarga membina semula kehidupan mereka selepas banjir melanda baru-baru ini di Kedah, Kelantan, Selangor, Pahang, Terengganu, Johor, dan Negeri Sembilan.

 

Ketua Pemasaran Jenama Shopee Malaysia, Huiyan Pan berkata, berdasarkan anggaran daripada NGO pembangunan komuniti utamanya, mereka telah menyediakan makanan dan bekalan penting kepada lebih 3,000 keluarga yang sangat memerlukan bantuan semasa pandemik. 

 

 

irm
Islamic Relief Malaysia menyampaikan sumbangan makanan pada bulan Ramadan lepas.

 

 

lofa

 

 

"Shopee berasa rendah hati kerana dapat memperoleh sokongan rakan kongsi NGO kami serta menggalakkan para pembeli di pasaran kami untuk menyumbang ke arah kemampanan jangka panjang komuniti-komuniti ini.

 

"Ketiga-tiga NGO tersebut telah mengumpul hampir RM400,000 dalam bentuk bantuan makanan, keperluan asas serta barangan isi rumah untuk keluarga-keluarga dan rumah-rumah B40 di Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Kedah, Sabah dan Sarawak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

 

mercy
Misi bantuan banjir MERCY Malaysia

 

 

Pengasas Pertubuhan Kasih Neelofa, Noor Neelofa Mohd Noor berkata, pihaknya terharu dengan kemuliaan rakyat Malaysia dalam membantu masyarakat kurang bernasib baik yang terjejas oleh pelbagai keadaan yang tidak diingini. 

 

"Program #ShopeeGivesBack telah menyediakan platform bagi para penderma yang murah hati untuk memberi sokongan mereka dan kami berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Malaysia kepada kami demi memberi kembali kepada yang memerlukan," katanya. - DagangNews.com