Sentimen lemah pengguna beri impak negatif kepada Padini - MIDF Research | DagangNews Skip to main content

Sentimen lemah pengguna beri impak negatif kepada Padini - MIDF Research

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 2 Sept - Sentimen lemah pengguna kesan daripada inflasi semasa akan memberi impak negatif kepada Padini Holding Berhad.

 

MIDF Research berkata, pengguna akan menjadi lebih berhati-hati untuk berbelanja terutama ke atas barangan bukan keperluan selepas mengambil kira kenaikan kadar faedah faedah semasa dan inflasi.

 

Bagaimanapun katanya, pembukaan semula ekonomi dan sempadan antarabangsa akan membantu jualan kumpulan itu sekurang-kurangnya sehingga akhir CY22.

 

"Pada FY22, 93.9% daripada hasil kumpulan disumbangkan cawangan dari Malaysia berbanding 93.5% pada FY21 diikuti cawangan luar negara, e-dagang dan francais import.

 

"Kami berpendapat momentum pemulihan berdepan kekangan keranan kehadiran ke cawangan mereka terhad kerana pembukaan kedai baharu yang terad dan pengenalan jenama baharu," katannya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, kumpulan itu merekodkan untung bersih RM77.46 juta bagi 4QFY22, tujuh kali lebih tinggi daripada RM10.5juta untuk suku sama tahun lalu.

 

Dua suku tahun kewangan sebelum ini, kumpulan itu mengumumkan bahawa untung bersihnya mencapai rekod tertinggi RM60.89 juta pada 2QFY22 dirangsang oleh pembukaan semula penuh ekonomi.

 

Firma itu kekal berhati-hati dengan prospek FY23 kumpulan itu didorong oleh peningkatan inflasi yang akan melemahkan sentimen pengguna dan akan mengurangkan hasil jualan berbanding FY22.

 

"Kami mengekalkan saranan 'neutral' dengan harga sasaran (TP) tidak berubah sebanyak RM3.00 sesaham," katanya. - DagangNews.com