SCIB raih kontrak EPCC lampu tiang pintar RM30.75 juta | DagangNews Skip to main content

SCIB raih kontrak EPCC lampu tiang pintar RM30.75 juta

Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada Kumpulan SCIB pendapatan masa hadapan

KUALA LUMPUR 7 Jun - Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB) meraih kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) bernilai RM30.75 juta.

 

Dalam maklumannya di Bursa Malaysia hari ini, firma itu berkata unitnya SCIB Properties Sdn Bhd telah menerima kontrak daripada Ennova Sdn Bhd untuk menyediakan perkhidmatan kejuruteraan projek bagi penggantian tiang lampu pintar bersepadu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Lembah Klang..

 

Kontrak itu katanya, melibatkan 200 unit tiang dan tempoh kontrak adalah dari Jun 2022 hingga Mei 2023.

 

Menurut SCIB, kontrak tidak akan mempunyai sebarang kesan ke atas modal saham yang diterbitkan dan pegangan saham pemegang saham yang besar syarikat mahupun sebarang kesan material ke atas aset bersih bagi SCIB dan kumpulan syarikatnya (Kumpulan SCIB) untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun 2022.

 

"Namun begitu, kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada Kumpulan SCIB pendapatan masa hadapan kerana sebarang keuntungan yang boleh diagihkan kepada Kumpulan akan direalisasikan secara berperingkat semasa tempoh dan kemajuan Kontrak,'' katanya.

 

SCIB juga akan meletakkan langkah kawalan dan prosedur operasi untuk mengurangkan risiko yang dijangkakan. - DagangNews.com