Saham Unitrade Industries disenaraikan pada harga 26.5 sen, 5.5 sen di bawah harga IPO | DagangNews Skip to main content

Saham Unitrade Industries disenaraikan pada harga 26.5 sen, 5.5 sen di bawah harga IPO

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 14 Jun - Unitrade Industries Berhad membuat penampilan sulung di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada harga 26.5 sen, 17.2% lebih rendah berbanding tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 32 sen. 

 

Penampilan pertama mereka terjejas akibat sentimen pasaran yang lemah akibat kejatuhan saham global dan bon kerajaan yang telah mendorong Indeks S&P 500 AS turut terjejas.

 

Pengarah Urusan Unitrade, Nomis Sim Siang Leng berkata, mengetahui apa yang bakal berlaku sebelum mereka disenaraikan dan mengakui bahawa ia bukan masa terbaik untuk disenaraikan berdasarkan kepada prestasi pasaran global sejak jumaat.

 

Kumpulan itu tahu apa yang diharapkan sebelum penyenaraian pagi ini dan mengakui bahawa ia bukanlah masa terbaik untuk disenaraikan berdasarkan prestasi pasaran global sejak Jumaat lalu.

 

"Bagaimanapun, kami yakin dengan asas syarikat yang kukuh dan kami akan terus berkembang secara positif tanpa menghiraukan harga saham hari ini," katanya. 

 

Kumpulan itu berhasrat untuk mendapatkan dana sebanyak RM100 juta daripada terbitan itu dan berhasrat untuk menggunakan RM50.5 juta atau 50.5% sebagai modal kerja.

 

Sejumlah RM39.8 juta atau 39.8% akan digunakan untuk pembayaran pinjaman bank.

 

Sementara itu, RM5.0 akan digunakan untuk perbelanjaan untuk mewujudkan pusat fabrikasi paip dan baki RM4.7 juta digunakan untuk perbelanjaan penyenaraian.

 

"Selepas memiliki gudang bersaiz dua kali ganda berbanding sebelum ini ditambah dengan hasil IPO, kami memiliki keupayaan untuk meningkatkan inventori dan rangkaian produk bagi memenuhi permintaan bahan binaan daripada sektor pembinaan.

 

"Kami akan menjadi antara yang pertama di Malaysia membina pusat fabrikasi paip baharu bagi meluaskan tawaran perkhidmatan tambah nilai kami kepada pelanggan.

 

"Kemudahan ini akan menyediakan pelbagai faedah kepada pelanggan seperti pengurangan tenaga kerja, kemajuan pembinaan dan penggunaan ruang yang lebih cekap di tapak pembinaan," katanya. - DagangNews.com