Ruang Happy Space Lot 149 UEM Sunrise erat hubungan masyarakat sempena KL Car-Free Morning | DagangNews Skip to main content

Ruang Happy Space Lot 149 UEM Sunrise erat hubungan masyarakat sempena KL Car-Free Morning

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 24 Mac - UEM Sunrise Berhad (UEM Sunrise) memeriahkan suasana ibu negara di Happy Space Lot 149 syarikat sempena penganjuran KL Car-Free Morning dan Hari Kebahagiaan Antarabangsa, pada Ahad lepas.

 

Terletak bersebelahan dengan Hotel W di persimpangan Jalan Ampang dan Jalan P.Ramlee, Lot 149 telah diaktifkan sebagai kawasan Happy Space.

 

Happy Space Lot 149 merupakan salah satu kawasan UEM Sunrise yang meriah di bawah inisiatif Happy Space, yang bertujuan untuk menjadi ruang interaksi dan penglibatan komuniti yang mudah dibentuk dan anjal. 

 

Syarikat turut menyokong acara KL Car-Free Morning anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam usaha menerapkan gaya hidup sihat dalam kalangan penduduk bandar dan mengurangkan pelepasan karbon, sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations).

 

Selaras dengan inisiatif seni syarikat bertajuk "K'Artulistiwa" yang dilancarkan baru-baru ini, Happy Space juga berusaha untuk mengeratkan lagi hubungan dengan komuniti sekitar pembangunannya, sehubungan dengan falsafahnya untuk mencipta ruang yang ceria. 

 

Perancangan sedang dijalankan untuk mengembangkan Happy Space ke pelbagai ruangan syarikat yang meriah di bawah pembangunan-pembangunannya di wilayah tengah dan selatan.

 

 

uem

 

 

Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise, Sufian Abdullah berkata, memandangkan wabak COVID-19 telah menjejaskan negara sejak dua tahun lepas, syarikat ingin melakukan sesuatu yang menyeronokkan sempena Hari Kebahagiaan Antarabangsa pada tahun ini.

 

"Oleh itu kami berganding bahu dengan DBKL untuk menyiapkan ruang aktiviti di Happy Space Lot 149 kami untuk mengeratkan hubungan dengan para pengunjung bandar serta menunjukkan sokongan kepada KL Car-Free Morning.

 

 

uem

 

 

“Melihat bilangan orang yang berkunjung ke KL Car-Free Morning sangat meyakinkan. Tidak kira sama ada mereka berlari, berjalan atau berbasikal, acara tersebut sangat meriah dan penuh bertenaga. 

 

 

uem

 

 

"UEM Sunrise berbangga menjadi sebahagian daripada inisiatif unggul ini dalam mengumpulkan orang ramai untuk menerokai pusat bandar Kuala Lumpur dengan berjalan kaki atau berbasikal, di mana mereka selalunya hanya melihat pemandangan bangunan daripada keselesaan kereta mereka atau pengangkutan awam,” ,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

 

uem

 

 

Happy Space memberi penghormatan kepada slogan UEM Sunrise iaitu 'Find Your Happy' yang telah dilancarkan pada tahun 2020 untuk menggalakkan orang ramai mencipta detik gembira di mana-mana sahaja mereka berada. - DagangNews.com