RHB Investment jangka pengecualian SST tidak disambung, beri kesan kepada jualan UMW | DagangNews Skip to main content

RHB Investment jangka pengecualian SST tidak disambung, beri kesan kepada jualan UMW

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 15 Mac - RHB Investment Bank Berhad menjangkakan pengecualian cukai jualan (SST) kenderaan tidak akan disambung selepas 1H2022 dan akan memberi kesan terhadap jualan UMW Holdings Berhad pada 2H2022.

 

Bagaimanapun, pihak pengurusan kumpulan memberi bayangan kadar kebergantungan kepada SST itu akan berakhir pada Ogos ini selepas pemberian diskaun untuk sambutan Hari Merdeka.

 

"Perancangan untuk meningkatkan pengeluaran sudah dimulakan bagi memastikan pesanan tertunggak sebelum ini dapat diselesaikan sebelum berakhirnya pengecualian SST.

 

"Kami memahami bahawa pesanan tertunggak buat masa ini menjangkau antara tiga hingga empat bulan," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Dalam perkembangan sama, UMW Toyota berjaya menjual 6,432 unit kenderaan Toyota dan Lexus pada bulan Februari iaitu penurunan sebanyak 14% dari bulan ke bulan akibat jangka masa singkat menjadikan jumlan jualan kenderaan terkumpul sebanyak 13,960 unit. 

 

Ia merupakan 19% daripada jangkaan penjualan 75,000 unit kenderaan untuk FY2022 dan firma penyelidikan itu kekal berhati-hati sehingga berakhirnya pengecualian SST pada 2H2022.

 

"Sementara itu, Perodua berjaya menjual 17,421 unit kenderaan pada bulan Februari menjadikan jumlah jualan kenderaan terkumpul kepada 34,865 unit atau peningkatan 4% dari tahun ke tahun dengan jangkaan 15% jualan daripada 230,000 unit pada FY2022," katanya.

 

Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan 'neutral' terhadap saham UMW dengan sasaran harga (TP) RM3.29 dengan menambat pendapatan sesaham (EPS) FY2022F dan ia tidak termasuk impat Cukai Makmur. - DagangNews.com