Ramssol guna RiderGate, pembangunan pasaran digital tembusi pasaran automotif - Maybank IB | DagangNews Skip to main content

Ramssol guna RiderGate, pembangunan pasaran digital tembusi pasaran automotif - Maybank IB

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 13 Jan - Ramssol Group Berhad akan menggunakan platform RiderGate untuk menembusi pasaran automotif melalui pembangunan pasaran digital untuk segmen motosikal.

 

Maybank Investment Bank (Maybank IB) berkata, kumpulan itu sebelum ini berjaya mengumpulkan RM7.2 juta melalui penempatan persendirian untuk membiayai pembangunan dan perbelanjaan berkaitan platform lain.

 

Katanya, fasa pertama RG akan siap menjelang 2QFY23 dengan kumpulan itu boleh mendapatkan wang dengan segera melalui transaksi motosikal baharu dan terpakai yang dilakukan di platform itu.

 

"Hasil jualan akan digunakan semula untuk fasa pembangunan selanjutnya dan mengukuhkan kedudukannya sebagai penggerak pertama dalam pasaran," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Rider Gate merupakan penyelesaian digital dalaman baharu kumpulan untuk meliberalisasikan industri motosikal tempatan dengan mengautomasikan pengurusan pasaran,inventori dan pergudangan melalui satu platform digital.

 

Platform itu membolehkan peniaga runcit motosikal menjual barangan dan perkhidmatan mereka selain menguruskan operasi harian itu akan mengimbangi penurunan dalam penyelesaian komunikasi digitalnya.

 

Firma itu berkata, kumpulan itu juga memiliki hak eksklusif untuk menjalankan latihan berkaitan penguatkuasaan dan pematuhan untuk agensi kerajaan bagi pihak MACA di bawah program EXCEL yang terakhir.

 

Walaupun belum diwajibkan, kumpulan itu berharap latihan ini akan mendapat daya tarikan di seluruh GLC, MNC, PLC dan juga PKS, memandangkan peningkatan kesedaran tentang perkara-perkara pematuhan anti-rasuah.

 

"Perancangan kumpulan adalah baik berdasarkan kombinasi strategi berisiko rendah, berisiko tinggi dengan potensi pertumbuhan yang kukuh, serta pelengkap yang boleh membawa kepada penjimatan kos.

 

"Kami mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) 50 sen sesaham," katanya. - DagangNews.com