Rakuten lancar e-buku Kobo Elipsa 2E baharu berharga RM2,019 | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Rakuten lancar e-buku Kobo Elipsa 2E baharu berharga RM2,019

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 5 April - Rakuten Kobo melancarkan e-buku, Kobo Elipsa 2E, yang sedia untuk menambah baik pengalaman membaca dan menulis secara digital kepada pembaca yang mahu mengembangkan idea dengan cara tersendiri. 

 

Dilengkapi Kobo Stylus 2 serba baharu dan ditambah baik, Kobo Elipsa 2E ialah peranti e-pembaca paling sesuai untuk membolehkan mereka memberi sepenuh tumpuan, meneroka idea dan memastikan segalanya disusun dengan teratur. 

 

Dibina dengan bahan mesra alam, Kobo Elipsa 2E dicipta untuk mereka yang ingin membaca, menulis dan menghasilkan idea, semua dalam satu peranti.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Rakuten Kobo, Michael Tamblyn berkata, Kobo Elipsa 2E ialah hasil ciptaan terbaharu untuk menambah baik dan membawakan pengalaman membaca yang tiada tandingan, dengan merapatkan jurang antara buku cetak dan buku digital.

 

“Kami sedar bahawa bagi ramai pelanggan kami yang dihargai, membaca bukan setakat menatap sesuatu halaman. Mereka mahu mendapat inspirasi daripada idea yang bernas.

 

"Bagi pembaca tegar karya bukan fiksyen, e-buku pada amnya merupakan media yang kurang sempurna kerana mereka tidak boleh menandakan teks atau mencatatkan sesuatu pada kandungan seperti yang dilakukan dengan buku cetak. 

 

"Dengan memperkenalkan Kobo Stylus, kami telah menyelesaikan isu ini dan menerusi Kobo Elipsa 2E dan Kobo Stylus 2 yang dinaik taraf, kami membawakan pengalaman membaca lebih menarik bagi peminat karya bukan fiksyen," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

 

rakuten

 

 

Peranti itu juga mempunyai keupayaan simpanan 32GB dan hayat bateri yang mampu bertahan beberapa minggu dengan hanya sekali cas. 

 

Daripada membaca e-buku, pembaca boleh bertukar dengan mudah kepada mendengar buku audio Kobo menggunakan teknologi tanpa wayar Bluetooth. 

 

 

rakuten

 

 

Penggunaan Kobo Elipsa 2E meninggalkan impak lebih mesra alam dengan kerangka luar plastik yang merangkumi 85% bahan kitar semula, termasuk 10 peratus plastik yang menuju ke laut.

 

Kobo Elipsa 2E dilengkapi dengan Kobo Stylus 2, akan dijual pada harga RM2,019 di laman web www.kobo.com/ereaders dan rakan niaga terpilih. - DagangNews.com