PRN: PM Anwar ucap terima kasih kepada semua pengundi | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

PRN: PM Anwar ucap terima kasih kepada semua pengundi

Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) bersama kepimpinan parti-parti Kerajaan Perpaduan di dalam sidang media keputusan PRN 2023 di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), baru-baru ini. - Gambar Harapan Madani

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi yang melaksanakan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

 

Menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menyatakan akan terus mengenang sokongan yang diberikan kepada Kerajaan Perpaduan.

 

"Terima kasih kepada semua pengundi di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah. Saya hargai dan saya tidak lupa dukungan kalian,” katanya dalam hantaran itu.

 

Keputusan PRN enam negeri menyaksikan Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang dimenangi PH dan Barisan Nasional yang membentuk kerjasama sebagai Kerajaan Perpaduan, lapor Bernama.

 

Kelantan, Kedah dan Terengganu pula di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN). - DagangNews.com