PM ucap tahniah kepada Janushaa, pegawai wanita pertama negara tamatkan pengajian dan latihan ketenteraan di USNA | DagangNews Skip to main content

PM ucap tahniah kepada Janushaa, pegawai wanita pertama negara tamatkan pengajian dan latihan ketenteraan di USNA

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 13 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan tahniah kepada Pegawai Kadet Kanan (PKK) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Janushaa A/P Bala Krishnan Muthiah yang menjadi pegawai wanita pertama negara berjaya menamatkan pengajian dan latihan ketenteraan di United States Naval Academy (USNA).

 

Ismail Sabri menerusi catatan di Facebook berkata, beliau amat bangga dengan kejayaan Janushaa yang bukan sahaja membuktikan anak Malaysia hebat di pentas dunia, malah menyerlahkan kewibawaan golongan wanita muda Malaysia untuk bersaing dalam dunia ketenteraan.

 

"Keluarga Malaysia terus cipta sejarah di persada dunia!

 

"Tahniah kepada PKK TLDM Janushaa A/P Bala Krishnan Muthiah yang menjadi pegawai wanita pertama negara berjaya menamatkan pengajian dan latihan ketenteraan di USNA.

 

"Saya amat bangga dengan kejayaan PKK Janushaa yang bukan sahaja membuktikan anak Malaysia hebat di pentas dunia malah menyerlahkan kewibawaan golongan wanita muda Malaysia untuk bersaing dalam dunia ketenteraan," katanya.

 

Katanya, majlis tamat pengajian itu disempurnakan oleh Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden.

 

"Semoga kejayaan ini menjadi suntikan semangat kepada warga TLDM untuk terus berusaha mencapai kejayaan di masa hadapan. Syabas dan tahniah PKK Janushaa!," katanya. - DagangNews.com