PM ucap selamat menyambut Pesta Kaamatan | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

PM ucap selamat menyambut Pesta Kaamatan

Gambar FB Ismail Sabri Yaakob
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 30 Mei - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan selamat menyambut Pesta Kaamatan kepada ahli Keluarga Malaysia yang meraikannya hari ini.

 

Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook rasminya berkata, keharmonian Malaysia dengan kepelbagaian kaum dan budaya menyambut perayaan kaum etnik dalam sebuah negara yang sejahtera.

 

“Semoga perayaan kali ini melahirkan kesyukuran, keberkatan dan kejayaan kepada semua. 

 

“Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan,” katanya menerusi hantaran tersebut. - DagangNews.com