PM Ismail Sabri ucap Selamat Hari Gawai | DagangNews Skip to main content

PM Ismail Sabri ucap Selamat Hari Gawai

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 31 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan Selamat Hari Gawai kepada ahli Keluarga Malaysia kaum Dayak di Sarawak.

 

Ismail Sabri menerusi hantaran di Facebook berkata, beliau pasti Hari Gawai pada tahun ini kembali diraikan dalam suasana meriah setelah dua tahun dikekang oleh COVID-19.

 

"Selamat menyambut Hari Gawai kepada ahli Keluarga Malaysia kaum Dayak di Sarawak.

 

"Ambillah peluang ini untuk kunjung-mengunjungi sanak saudara dan sahabat handai tanpa mengabaikan keselamatan diri sendiri dan orang sekeliling. Gayu guru gerai nyamai," katanya.

 

Katanya, beliau berharap semangat persaudaraan, persahabatan dan perpaduan yang selama ini menjadi budaya dan amalan hidup kita memantapkan lagi semangat Keluarga Malaysia. - DagangNews.com