KUALA LUMPUR 30 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas sumbangan para doktor menjadi barisan hadapan yang setia mengorbankan masa dan tenaga demi kesihatan rakyat Malaysia.
Ismail Sabri menerusi hantaran di Facebooknya hari ini berkata, sumbangan para doktor cukup berharga ketika dunia dilanda COVID-19.
"Besar jasa dan pengorbanan para doktor yang bukan sahaja merawat tetapi menyelamatkan nyawa.
"Apatah lagi sumbangan mereka yang cukup berharga ketika dunia dilanda COVID-19, para doktor menjadi barisan hadapan yang setia mengorbankan masa dan tenaga demi kesihatan rakyat Malaysia.
"Terima kasih saya ucapkan kepada para doktor di seluruh Malaysia dan di mana juga anda berada," katanya.
Katanya, para doktor adalah hero Keluarga Malaysia yang sentiasa tersemat di hati dan jiwa semua. - DagangNews.com








