PM Anwar umum kenaikan subsidi harga padi daripada RM360 kepada RM500 setiap tan mulai 9 Ogos 2023 | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

PM Anwar umum kenaikan subsidi harga padi daripada RM360 kepada RM500 setiap tan mulai 9 Ogos 2023

Gambar hiasan

PARIT BUNTAR 8 Ogos - Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan subsidi harga padi daripada RM360 kepada RM500 setan berkuat kuasa esok.

 

Khabar gembira buat pesawah padi itu diumumkan Perdana Menteri ketika berucap merasmikan Majlis Sentuhan Agromadani Peringkat Negeri Perak di Dewan Kerian Lermai, di sini hari ini.

 

Yang turut hadir, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

 

Anwar menyifatkan, peningkatan sebanyak RM140 itu diunjur membabitkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion setahun, adalah satu-satunya kenaikan subsidi itu sejak kenaikan terakhir diumumkan kira-kira 25 tahun lalu.

 

Beliau berkata, pengumuman itu akan menyaksikan pesawah di negara ini memperoleh RM1,700 bagi satu metrik tan pengeluaran padi, bermula esok, lapor Berita Harian.

 

"Kenaikan (subsidi padi) yang paling akhir adalah semasa Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan dulu, 25 tahun lalu.

 

 

anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim

 

 

"Alhamdulillah kini sudah jadi Menteri Kewangan, subsidi itu naik lagi dari RM360 kepada RM500," katanya. - DagangNews.com