PM Anwar lancar Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat pada 27 Julai 2023 | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

PM Anwar lancar Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat pada 27 Julai 2023

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 26 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melancarkan program 'Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat' bermula pukul 9 pagi di ibu pejabat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Bukit Kiara di sini.

 

Anwar menerusi hantaran di Facebooknya berkata, program tersebut merupakan pengemudian dan pengarahan baharu ekonomi untuk menjamin masa depan negara. 

 

"Esok saya akan meluncurkan "Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat" yang merupakan pengemudian dan pengarahan baharu ekonomi untuk menjamin masa depan negara. Nantikan, insya-Allah," katanya. - DagangNews.com