Pizza Hut perkenal piza Party Box dan Treasure Box sempena Tahun Baru Cina | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Pizza Hut perkenal piza Party Box dan Treasure Box sempena Tahun Baru Cina

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 18 Jan - Pizza Hut memperkenalkan dua piza sempena perayaan Tahun Baru Cina, 'The Ooooooooong Party Box' dan 'Ooooooooog Treasure Box' yang menampilkan piza Cheesy Poppers.

 

Kedua-duanya menarik untuk dijadikan buah tangan dan sesuai dinikmati bersama keluarga dan orang tersayang apabila berkumpul beramai-ramai.

 

Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia, Emily Chong berkata, pada perayaan kali ini, pihaknya ingin mencadangkan satu kelainan menyeronokkan kepada tradisi pemberian buah tangan, yang mana lain dari kebiasaan dengan membawa buah oren mandarin sebagai hadiah, tetapi digantikan dengan Ooooooooong Party Box yang lazat.

 

"Bayangkan keseronokan setiap ahli keluarga apabila anda membawa pizza ini sewaktu makan besar Tahun Baru Cina.


 
“Oooooooong Party Box merupakan olahan bertema Tahun Baru Cina dari pizza The Loooooooooong Party Box yang telah dilancarkan tahun lepas. 

 

"Keunikan pizza ini terletak pada ukurannya sepanjang 1 meter dan sesuai untuk dikongsi bersama 10 orang atau lebih, menjadikannya sesuai untuk majlis atau keraian, terutama sewaktu makan malam besar sebelum perayaan Tahun Baru Cina," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Sebagai sebahagian daripada strategi promosinya, Pizza Hut akan membuka sebuah trak pizza pada 19 hingga 20 Januari 2023 bertempat di Lot 10, Bukit Bintang pada pukul 11 pagi hingga 8 malam. 

 

 

pizza

 

 

pizza

 

 

Anggaran sebanyak 3,000 keping pizza akan diagihkan secara percuma untuk dicuba orang ramai, di samping beberapa permainan dengan hadiah yang menarik untuk dimenangi.

 

The Oooooooong Party Box boleh didapati secara makan di restoran atau bawa pulang, berharga RM99 ala carte, manakala Ooooooooog Treasure Box (Cheesy Poppers Pizza) berharga RM41.90 ala carte dan juga boleh didapati dalam pelbagai kombo nilai yang berbaloi. 

 

 

pizza

 

 

pizza

 

 

pizza

 

 

Piza ini juga tersedia dengan promosi menarik yang mana mulai sekarang hingga 23 Januari 2023, pelanggan boleh membeli Ooooooooog Treasure Box (Cheesy Poppers Pizza) dengan harga RM22, berserta isian semula minuman secara percuma apabila makan di restoran. 

 

Pesan sekarang melalui Aplikasi Pizza Hut atau kunjungi restoran Pizza Hut yang berdekatan untuk menjamu selera atau bawa pulang. 

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pizzahut.com.my. - DagangNews.com