Perjanjian lesen Tomei dengan De Beers akan berakhir pada 10 Disember 2023 | DagangNews Skip to main content

Perjanjian lesen Tomei dengan De Beers akan berakhir pada 10 Disember 2023

oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 1 Dis - Tomei Consolidated Bhd mengumumkan bahawa perjanjian lesennya dengan De Beers Diamond Jewellers Ltd akan berakhir pada 10 Disember ini.

 

Pengarah Urusan Tomei, Datuk Ng Yih Pyng berkata, penamatan perjanjian itu tidak akan memberi sebarang kesan material terhadap prestasi kewangan syarikat.

 

"Perjanjian lesen kami dengan De Beers mewakili aspek penting kedudukan dan kekuatan Tomei dalam industri peruncitan barang kemas.

 

"Kami akan terus mencari perkongsian kolaboratif dan sinergi dengan pengeluar barang kemas lain untuk meluaskan penawaran produk kami dan membawa lebih nilai kepada pelanggan kami," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Jumlah keseluruhan kedai runcit Tomei ialah 57 dengan keluarnya De Beers, di mana 53 daripadanya adalah di bawah jenama Tomei, dua di bawah Goldheart dan dua di bawah Le Lumiere.


 

iktisad

 


Tomei menjadi pengedar runcit eksklusif untuk berlian De Beers di Malaysia sejak tahun 2013.

 

Di bawah perjanjian lesen, Tomei juga diberi pilihan untuk menubuhkan dan mengendalikan kedai runcit De Beers di Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam. - DagangNews.com