Penyertaan The Knights Award 2023 dibuka kepada usahawan untuk tingkatkan jenama perniagaan | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Penyertaan The Knights Award 2023 dibuka kepada usahawan untuk tingkatkan jenama perniagaan

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 3 April - Para usahawan dialu-alukan menghantar pencalonan dalam penganjuran 'The Knights Award 2023' yang akan berlangsung pada Jun 2023 dalam usaha meningkatkan kedudukan jenama mereka dalam dunia perniagaan.

 

Presiden The Knights Award, Dr Zyro Wong berkata, pihaknya komited untuk memberikan pengiktirafan kepada usahawan dan perniagaan yang cemerlang tanpa mengira saiz atau industri syarikat mereka.

 

Pada masa sama katanya, ia akan memperkasakan mereka dengan strategi penjenamaan berkesan supaya mereka boleh berdiri kukuh di pasaran yang kompetitif.

 

"The Knights Award bertujuan untuk mengiktiraf kejayaan cemerlang perniagaan di seluruh Asia Tenggara.

 

"Sebagai salah satu acara utama tahun 2023, ia menandakan pertumbuhan dan pembangunan komuniti perniagaan yang menjadi tonggak ekonomi Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Terdahulu, pelancaran The Knights Award 2023 telah berlangsung di ibu negara baru-baru ini, yang turut dihadiri oleh penaungnya, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dan tokoh-tokoh perniagaan.

 

 

knight

 

 

knight

 

 

Tambah Zyro, pihaknya percaya penganjuran anugerah tersebut akan menjadi batu loncatan ke arah pertumbuhan ekonomi di Asia Tenggara.

 

 

knight

 

 

Sementara itu, penyertaan untuk menyertai The Knights Award dibuka dan usahawan-usahawan boleh menghantar penyertaan mereka menerusi laman web, www.theknightsaward.com atau emel ke [email protected] untuk maklumat lanjut. - DagangNews.com