Penyanyi kelahiran UK, Natalie Black bakal pukau peminat Adele di Malaysia pada 18 dan 19 Oktober 2023 | DagangNews Skip to main content

Penyanyi kelahiran UK, Natalie Black bakal pukau peminat Adele di Malaysia pada 18 dan 19 Oktober 2023

Oleh DIYANA ISAMUDIN

KUALA LUMPUR 21 Sept - Dengan bakat luar biasa dan kehadiran pentas yang tiada tandingannya, Natalie Black bakal mempersembahkan ‘Adele Tribute Hometown Glory’ pada 18 dan 19 Oktober di Kuala Lumpur.

 

Penyanyi kelahiran United Kingdom ini telah menerima pelbagai anugerah kebangsaan, termasuk gelaran berprestij Persembahan Tribute Terbaik kepada Adele di Anugerah Muzik Tribute Kebangsaan.

 

Natalie juga telah memikat hati penonton di seluruh dunia seperti di Bahrain, Netherland, Latvia dan Greece, antara lain.

 

Menurut satu kenyataan media hari ini, pengkritik juga telah menyanjung Natalie sebagai “tribute terbaik kepada Adele di luar negara", menjadikannya persembahan yang telah menarik pengikut berdedikasi.

 

 

adele

 

 

Persembahan berterusan Natalie di seluruh United Kingdom telah mengukuhkan reputasinya sebagai penghibur luar biasa dan kini beliau bersedia mencipta nama di Malaysia dengan persembahan yang menawan hati.

 

Berlangsung di The Platform, KEN TTDI, persembahan ini akan memukau penonton ke dunia Adele, yang menampilkan pelbagai lagu seperti SkyFall, Hello, A Million Years Ago, When We Were Young, Rolling in The Deep, Make You Feel My Love dan Someone Like You.

 

Harga tiket konsert tribute Adele ini adalah dari RM160 hingga RM370 dan boleh didapati di https://premier.ticketcharge.com.my/shows/show.aspx?sh=HOMETOWN23

 

"Acara hebat ini dijayakan dengan sokongan dermawan penaja kami. Kami sangat teruja Malaysia Airlines menerbangkan Natalie Black dan seluruh persembahan ke majlis besar ini.

 

"Selain itu, kami merakamkan ucapan terima kasih kepada Alliance bank, The Eastin Hotel, Melbourne Capital Group, SIDS, Yamaha Music dan The Malaysia British Society, atas sokongan mereka yang tidak ternilai," kata pengajur konsert tribute tersebut, Homme Production Management. - DagangNews.com