Pengunjung berpeluang saksi penyampai RTM bersiaran secara langsung di AKM Kedah | DagangNews Skip to main content

Pengunjung berpeluang saksi penyampai RTM bersiaran secara langsung di AKM Kedah

Studio bergerak Kedah FM yang bersiaran secara langsung di reruai kendalian Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Jelajah AKM Kedah. - Gambar DagangNews.com
Oleh Mohamad Iman

ALOR SETAR 2 Sept. - Pengunjung yang mengunjungi Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Kedah berpeluang menyaksikan dengan lebih dekat penyampai radio Kedah FM bersiaran secara langsung di reruai kendalian Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini.

 

Penerbit Program Jelajah AKM Kedah, Nurul Hana Asmayani Nuzlan berkata, bersempena AKM kali ini, RTM membawakan 12 penyampai radio Kedah FM yang akan bertugas secara bergilir-gilir mengikut ketetapan jadual.

 

Katanya, semua penyampai radio berkenaan akan bersiaran di mini studio yang dibawakan khas bersama tetamu jemputan pada AKM Kedah kali ini.

 

“AKM merupakan peluang terbaik buat RTM memperkenalkan penyampai radio Kedah FM bersama dengan program dan aktiviti yang dirancangkan buat pendengar setia kami,” katanya.


 

Nurul Hana Asmayani Nuzlan
             Nurul Hana Asmayani Nuzlan

 


Selain itu, Nurul Hana berkata, beberapa artis terkemuka tanah air turut membuat penampilan di reruai RTM sepanjang tiga hari penganjuran AKM Kedah itu antaranya seperti Ezzaty Abdullah, Izzue Islam dan Fikry Ibrahim.

 

Menurutnya, terdapat juga pertandingan kuiz bersama pengunjung yang hadir dengan tema berdasarkan aspirasi Keluarga Malaysia.

 

“Pelbagai pengisian menarik disediakan di sini melibatkan banyak agensi dan kementerian kerajaan bagi bersama-sama menjayakan AKM Kedah kali ini,” katanya.


 

AKM

 

AKM

 


Tambah beliau, pihaknya juga berharap agar orang ramai dapat menggunakan kesempatan cuti hujung minggu bagi bersama-sama mengikuti pelbagai pengisian menarik yang disediakan sepanjang AKM Kedah ini.

 

“Orang ramai di sekitar Kedah gunakanlah peluang ini untuk hadir ke AKM bagi melihat pelbagai program dan aktiviti menarik di samping gerai-gerai jualan yang disediakan oleh penganjur,” katanya. - DagangNews.com