Pendapatan Axiata diunjur lebih kukuh pada suku ketiga disokong hasil lebih tinggi, kata RHB Investment | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Pendapatan Axiata diunjur lebih kukuh pada suku ketiga disokong hasil lebih tinggi, kata RHB Investment

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 17 Nov - Axiata Group Berhad dijangka mencatatkan pendapatan lebih kukuh pada suku ketiga 2023 disokong oleh hasil lebih tinggi dan nilai mata wang serantau yang lebih kukuh.

 

RHB Investment berkata, penarafan semula akan diperoleh daripada kejelasan yang lebih baik mengenai penangguhan aset dan pelaksanaan pengewangan kumpulan serta kesan pendapatan pada tahun kewangan 2024 (FY24).

 

"Kumpulan itu dijadualkan mengumumkan keputusan suku ketiga pada pada 29 November ini.

 

"Kami menjangkakan pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) teras lebih kukuh secara berturutan, disokong oleh usaha penskalaan semula kos Dialog, penyewaan yang lebih tinggi di edotCo, penetapan harga semula data XL Axiata dan mata wang serantau yang lebih kukuh," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

RHB Investment mengunjurkan EBITDA sebanyak RM11.03 bilion untuk Axiata, bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.

 

Sementara itu, firma penyelidikan itu berkata, unjuran pendapatan teras FY23/FY24 telah dikurangkan antara 40% hingga 60% sejak awal tahun, dengan kumpulan itu mencatatkan pendapatan dua suku tahun yang mengecewakan.

 

Katanya, berkata pengasingan Celcom pada Disember 2022 mengurangkan pendapatan dengan susut nilai dan kos pembiayaan yang lebih tinggi daripada pembelian aset.

 

Firma penyelidikan itu menyemak naik penarafan Axiata kepada 'beli' berbanding 'neutral' dengan harga sasaran (TP) lebih tinggi iaitu RM3.35 berbanding RM2.78 sesaham. - DagangNews.com