Penampilan sulung Elridge Energy di Pasaran ACE Bursa Malaysia catat 34 sen, naik 17.24% | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Penampilan sulung Elridge Energy di Pasaran ACE Bursa Malaysia catat 34 sen, naik 17.24%

Elridge Energy merupakan syarikat pegangan pelaburan dengan anak syarikatnya, Bio Eneco Sdn Bhd mengkhusus dalam perdagangan produk bahan api biojisim.
Oleh M. HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 22 Ogos -  Saham Elridge Energy Holdings Bhd membuat penampilang sulungnya di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini pada 34 sen, atau 17.24% lebih tinggi berbanding harga tawaran awam permulaannya (IPO) pada 29 sen seunit.

 

Sejurus gong dibunyikan pagi ini, syarikat pegangan pelaburan, dengan anak syarikat milik sepenuhnya, Bio Eneco Sdn Bhd, yang mengkhusus dalam perdagangan produk bahan api biojisim itu menyaksikan 186.1 juta saham tersebut bertukar tangan.

 

Dengan jumlah saham diperbesarkan sebanyak 407.04 juta, permodalan pasaran Glostrext dijangka mencecah RM77.34 juta.

 

Saham mula didagangkan pada harga 34 sen seunit, meningkat lima sen daripada harga IPO.

 

Pada pukul 10 pagi, harga saham berada pada 37.5 sen seunit, selepas mencapai paras tertinggi pagi iaitu 38.5 sen, dengan 186.1 juta saham telah bertukar tangan.

 

Bio Eneco mengkhusus dalam pengeluaran dan perdagangan produk bahan api biojisim, dengan tumpuan kepada cengkerang sawit dan pelet kayu.

 

Menurut pengarah eksekutif dan ketua pegawai eksekutif Oliver Yeo, dana yang diperoleh daripada IPO akan digunakan untuk meningkatkan keupayaan, mengembangkan jejak serantau dan mencipta nilai yang signifikan untuk pemegang saham.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Elridge Energy sasar kumpul RM101.5 juta daripada IPO Pasaran ACE Bursa Malaysia

 

Daripada jumlah hasil, RM47 juta akan digunakan untuk pemerolehan tanah dan pembinaan kilang serta gudang baru di Kuantan, RM21.1 juta untuk mesin dan peralatan, RM27 juta untuk modal kerja, dan RM6.3 juta untuk membiayai perbelanjaan penyenaraian.

 

Kumpulan itu kini beroperasi di luar kilang Pelabuhan Klang, yang mempunyai kapasiti 720,000 tan setahun, tetapi telah mencapai kadar penggunaan hampir 74% menjelang akhir 2023
 

Selebihnya hasil daripada IPO akan digunakan sebagai modal kerja dan untuk membiayai perbelanjaan penyenaraian.- DagangNews.com