KUALA LUMPUR 31 Jan - Pelabur asing dilaporkan membeli bersih RM116.45 juta ekuiti tempatan minggu lepas, berbanding RM11.35 juta bersih pada minggu sebelumnya.
Menurut laporan aliran dana mingguan MIDF Research, ketika pasaran dibuka semula pada Isnin minggu lepas, pelabur asing dan peruncit masing-masing membeli RM60.14 juta dan RM5.89 juta bersih ekuiti tempatan.
Sementara itu, institusi tempatan memulakan minggu tersebut sebagai penjual bersih dengan harga -RM66.03 juta.
"Belian bersih terbesar oleh pelabur asing dicatatkan pada hari Selasa (RM89.04 juta). Momentum aliran masuk bersih asing pada hari Rabu menjadi perlahan kepada RM21.52 juta berikutan keputusan Rizab Persekutuan untuk menaikkan kadar faedah," katanya dalam laporan aliran dana mingguan MIDF Research di sini hari ini.
Tambahnya, satu-satunya aliran keluar bersih daripada dana asing masuk pada hari Jumaat di mana ia berjumlah -RM99.07 juta.
Menurutnya, walaupun data ekonomi Malaysia yang kukuh yang mengekalkan pertumbuhan eksport dua angka pada Disember 2021, bulan Januari setakat ini menyaksikan aliran masuk bersih asing sebanyak RM0.46 bilion.
"Peruncit adalah penjual bersih untuk majoriti minggu kecuali pada hari Isnin dan Khamis.
"Jualan bersih terbesar oleh peruncit dicatatkan pada hari Selasa (-RM26.37 juta), untuk minggu tersebut, peruncit bersih menjual ekuiti bernilai -RM30.69 juta di Bursa.
"Sementara itu, institusi tempatan merekodkan jualan bersih mingguan terkumpul sebanyak -RM85.74 juta dan merupakan penjual bersih untuk semua hari dalam seminggu kecuali pada hari Jumaat (RM110.44 juta)," katanya.
MIDF berkata, jualan bersih terbesar dicatatkan pada hari Isnin bernilai RM66.03 bilion, manakala dari segi penyertaan katanya, pelabur runcit, institusi tempatan dan pelabur asing masing-masing mencatat pergerakan mingguan -11.07%, -20.59% dan -16.20% dalam purata nilai dagangan harian (ADTV). -DagangNews.com







