KUALA LUMPUR 15 Jun - Optimax Holdings Berhad memiliki sistem dan kawalan yang mencukupi bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggannya.
Maybank Investment Bank (Maybank IB) berkata, antara inisiatif utama dilakukan kumpulan itu termasuk memastikan semua pakar bedah mata mereka memiliki lesen perkhidmatan yang sah.
Selain itu, kata, kumpulan itu juga memiliki Jawatankuasa Perubatan bagi memastikan akauntabiliti melalui penetapan peraturan dan proses operasi standard (SOP)
di seluruh klinik mereka.
"Kumpulan itu juga diiktiraf dan kehadiran mereka disahkan oleh badan antarabangsa," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
Bagaimanapun, firma itu berkata, kumpulan itu berada di belakang International Specialist Eye Centre (ISEC) dari segi pendedahan alam sekitar, butira mencukupi mengenai inisiatif amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dan penetapan sasaran.
Katanya, ISEC mempunyai dasar pendedahan yang komprehensif, mendedahkan pelepasan karbonnya, penggunaan elektrik dan data sisa klinikal di seluruh kliniknya, bersama-sama dengan penerangan terperinci tentang inisiatifnya dalam mengurangkan jejak alam sekitarnya.
"ISEC juga menetapkan sasaran rasmi merentas semua metrik ESG utamanya, dan menjejaki pencapaian tahunannya," katanya.
Secara keseluruhan, firma itu merasakan kumpulan itu memiliki sistem yang berkesan untuk mengurangkan risiko operasi tetapi pada masa sama boleh memperbaiki aspek alam sekitar.
"Kami menyukai kumpulan itu berdasarkan pelan pengembangan jangka pendek dan panjangnya.
"Kami mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) 86 sen sesaham," katanya. - DagangNews.com








