Optimax ceburi metaverse dengan kerjasama Metabond | DagangNews Skip to main content

Optimax ceburi metaverse dengan kerjasama Metabond

Sandy Tan

KUALA LUMPUR 21 Mac - Optimax Holdings Bhd. menceburi segmen metaverse menerusi memorandum perjanjian (MoA) dengan Metabond Group Sdn. Bhd.

 

Metabon, yang merupakan syarikat pemula teknologi, ketika ini sedang membangunkan platform metaverse Soulbond bagi permainan dalam talian secara besar-besaran (MMORPG).

 

Di bawah perjanjian itu, Optimax akan diberikan akses kepada sebidang tanah di dunia maya Soulbond, yang boleh dibangunkan untuk mempromosikan dan menyediakan produk dan perkhidmatan Optimax kepada pelawat dan pemain MMORPG Soulbond.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Optimax, Sandy Tan berkaya, penyertaan Optimax dalam metaverse Soulbond membolehkan syarikat mencapai jangkauan pelangan dalam persekitaran maya yang diwujudkan oleh Metabond bagi pemain game yang mana perniagaan dunia sebenar boleh hadir dan berinteraksi serta mengadakan acara dan aktiviti.

 

"Kami sangat menantikan kemungkinan baharu dalam metaverse melalui kerjasama antara kedua-dua pihak ini. 

 

"Terdapat banyak potensi untuk mencipta pengalaman baharu melalui platform ini untuk pelanggan sedia ada dan bakal pelanggan," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Metabond, Clifford Hii berkata, pihaknya gembira dengan penyertaan Optimax sebagai pelanggan korporat pertama. 

 

"Metaverse Soulbond mempamerkan potensi yang boleh ditawarkan oleh Asia Tenggara kepada khalayak global dan juga menunjukkan keupayaan perniagaan dunia sebenar dalam mengiktiraf potensi metaverse untuk mereka.

 

"Kami melihat lebih banyak perniagaan bergerak kepada metaverse atau membangunkan keupayaan untuk mengendalikan perniagaan dalam metaverse," jelasnya. - DagangNews.com