Optimax beri pemeriksaan mata percuma kepada 80 orang di Bahau | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Optimax beri pemeriksaan mata percuma kepada 80 orang di Bahau

KUALA LUMPUR 11 Mei - Optimax Holdings Berhad telah memberikan pemeriksaan mata percuma kepada 80 individu pada 6 Mei 2023 di cawangannya di Bahau.

 

Pemeriksaan mata, yang termasuk pemeriksaan kuasa mata, telah diterima baik oleh orang ramai yang hadir di acara kesedaran penjagaan mata yang diadakan bersempena dengan sambutan Hari Raya.

 

Dalam majlis tersebut, Dr Gan Say Seong telah memberikan ceramah ringkas mengenai penjagaan mata dan katarak kepada orang ramai.

 

 

optimax

 

 

Penyedia perkhidmatan pakar mata itu mengadakan acara tersebut untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan mata dalam kalangan orang ramai.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Optimax, Sandy Tan berkata matlamat syarikat itu adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang penjagaan mata di kalangan orang ramai sambil menawarkan pemeriksaan mata percuma kepada mereka yang memerlukannya.

 

“Optimax komited untuk mempromosikan kesihatan mata yang baik dan akan terus menganjurkan acara serupa pada masa hadapan," tambahnya. -DagangNews.com