KUALA LUMPUR 15 Dis - Oldtown meraikan warisan dengan melancarkan logo dan reka bentuk pek baharu, yang menampilkan ilustrasi bandar raya Ipoh pada zaman dahulu.
Logo ini bertujuan untuk memperingati tempat lahirnya jenama Oldtown White Coffee yang masih dihasilkan di Ipoh sehingga hari ini.
Jenama kopi itu meraikan keunikan citarasa rakyat Malaysia dengan pengenalan perisa terbaharu, Oldtown White Coffee Perisa Karamel Masin dan perisa yang diinspirasikan sajian kopi di kopitiam, Oldtown Smooth Roast Kopi Kurang Gula.
Pengurus Besar Jacobs Douwe Egberts Malaysia (JDE), Fiona Tan berkata, jenama Oldtown mementingkan warisan dan budaya, namun seni ciptaan kopi putih mereka sentiasa berkembang mengikut peredaran zaman untuk memenuhi kehendak semasa.
"Oldtown White Coffee kekal menggunakan resipi ‘3-bean-blend’ dan hari ini, kami teruja untuk memperkenalkan Oldtown White Coffee Perisa Karamel Masin yang menambahkan lagi tawaran kopi putih kami dengan perisa kontemporari yang pasti menjadi kegemaran ramai," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Oldtown Smooth Roast Kopi Kurang Gula turut mengujakan dengan penggunaan serbuk kopi mikro untuk menghasilkan perisa asli kopi ‘kopitiam’ yang disempurnakan lagi dengan lapisan crema seperti kopi yang dibancuh di kopitiam.
Pilihan perisa Oldtown White Coffee yang pelbagai boleh didapati di semua pasaraya utama di seluruh Malaysia.



Pengguna juga boleh membeli secara dalam talian melalui kedai utama Oldtown di Shopee dan Lazada.
Untuk meraikan era baharu ini, Oldtown akan memberikan pek percubaan secara percuma berserta diskaun 20% dengan pembelian pek kopi campuran Oldtown terpilih melalui cawangan dan kedai dalam talian terpilih.
Promosi ini berlangsung hingga 31 Disember 2022, sementara stok masih ada. - DagangNews.com








