NEXTGEN Theme Park tarik lebih 100,000 pengunjung selepas dua bulan pelancaran di One Utama | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

NEXTGEN Theme Park tarik lebih 100,000 pengunjung selepas dua bulan pelancaran di One Utama

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 3 Jan - Taman tema pendidikan terbesar di Malaysia, NEXTGEN Theme Park menarik seramai lebih 100,000 pengunjung selepas dua bulan pelancarannya di pusat beli-belah One Utama di sini.

 

Diiktiraf oleh Malaysian Book of Records sebagai taman tema 'indoor' terbesar di Malaysia, NEXTGEN ialah pusat sehenti untuk aktiviti pembelajaran menyeronokkan melangkaui generasi, daripada kanak-kanak dan remaja kepada orang dewasa dan warga emas.

 

NEXTGEN menampilkan lima zon pengalaman yang memenuhi kumpulan umur dan tahap pertumbuhan yang berbeza, antaranya Hiburan, Pengayaan, Pengalaman, Penglibatan dan Pemerkasaan.

 

Ruang seluas 45,000 kaki persegi adalah rumah kepada pelbagai tarikan yang memperkaya, mesra keluarga dan permainan mini, termasuk kawasan permainan bayi, padang berhalangan, taman permainan bertemakan langit dengan gelongsor pelangi, zon e-permainan dan juga pusat karaoke.

 

Pengasas Bersama NEXTGEN Theme Park, Lilian Chan berkata, pihaknya ingin mewujudkan ruang yang boleh membantu generasi akan datang belajar melalui keseronokan sambil turut menjalin hubungan dengan orang tersayang. 

 

"NEXTGEN ialah kilang memori menggembirakan yang mana ahli keluarga, daripada muda hingga tu mempunyai tempat untuk berehat, belajar, dan paling penting, berseronok bersama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Untuk mewujudkan hab sosial dan gaya hidup, kemudahan NEXTGEN juga termasuk ruang untuk pelawat mengasah kemahiran menari dan menyanyi mereka, dengan kawasan interaksi sosial diselang-seli di antara banyak kelas pengayaan mereka. 

 

 

nextgen

 

 

nextgen

 

 

Melalui penyusunan ini, taman tema secara berkesan memenuhi tiga domain pembelajaran, kognitif, afektif dan psikomotor.

 

Rakan pengasas bersama NEXTGEN, Leroy Lee,  menambah lagi, pihaknya berharap dapat menerapkannya untuk membawa industri pendidikan kami ke peringkat seterusnya. 

 

 

nextgen

 

 

Pusat NEXTGEN ini hanyalah yang pertama daripada banyak yang kami sasarkan untuk ditubuhkan, membantu kanak-kanak mengembangkan pelbagai kemahiran sambil berseronok." katanya.

 

NEXTGEN bersedia untuk berkembang lebih jauh di Lembah Klang dan wilayah selatan Malaysia pada suku kedua tahun ini, dengan dua cawangan baharu di Mid Valley Southkey, Johor Bahru dan KSL Mall, Klang.

 

Pelancaran NEXTGEN datang dengan pasaran edutainment yang berkembang dengan ketara di seluruh dunia, dengan jangkaan penilaian sebanyak AS$3.45 bilion menjelang 2028. - DagangNews.com