MYAirline tawar tambang tetap RM300 untuk laluan sehala ke Sabah, Sarawak | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

MYAirline tawar tambang tetap RM300 untuk laluan sehala ke Sabah, Sarawak

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 19 Mei - MYAirline menawarkan sebanyak 4,000 tempat duduk dengan tambang tetap RM300 untuk perjalanan sehala ke Sabah atau Sarawak sempena perayaan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.

 

Syarikat penerbangan itu dalam kenyataan berkata, penumpang juga akan menikmati elaun bagasi daftar masuk 20 kg bagi memastikan perjalanan yang lancar dan selesa.

 

Katanya, syarikat gembira mengumumkan penyertaan dalam inisiatif kerajaan untuk menyediakan tambang tetap semasa Pesta Kaamatan dan Hari Gawai. 

 

"Aku janji strategik ini, yang diamanatkan oleh kerajaan menunjukkan komitmen MYAirline meningkatkan kebolehcapaian perjalanan dan kemampuan untuk penduduk dan pelawat semasa acara kebudayaan penting ini.

 

"Kementerian Pengangkutan telah memaklumkan semua syarikat penerbangan di Malaysia perlu melanjutkan tambang tetap kepada pelancong untuk penerbangan antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. 

 

"Langkah ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk memupuk ketersambungan dan mempromosikan perjalanan dalam negara," katanya.

 

Ketua Pegawai Eksekutif MYAirline, Rayner Teo berkata, pihaknya menyasarkan untuk menyumbang secara signifikan kepada permintaan perjalanan dan mempromosikan pengalaman budaya unik Pesta Kaamatan dan Hari Gawai. 

 

 

myairline

 

 

"Di MYAirline, kami secara konsisten menyokong seruan kerajaan untuk bertindak, termasuk mengurangkan tambang penerbangan dan meningkatkan kekerapan penerbangan semasa cuti perayaan. 

 

"Sebagai syarikat penerbangan baharu yang mana pengalaman penumpang penting, kami percaya dalam menjadikan perjalanan mudah diakses dan berpatutan untuk semua orang," katanya.

 

Promosi tambang tetap ini tersedia untuk tempahan dari 20 hingga 31 Mei 2023. Promosi akan sah sepanjang tempoh perjalanan dari 27 hingga 29 Mei 2023 untuk laluan Sabah dan dari 29 hingga 31 Mei 2023 bagi laluan Sarawak. 

 

Laluan Malaysia Timur MYAirline merangkumi pelbagai destinasi menarik termasuk Kota Kinabalu, Tawau, Kuching, Sibu dan Miri. 

 

Dengan mengambil bahagian dalam inisiatif itu, syarikat memudahkan pengalaman perjalanan yang lancar, mempromosikan pelancongan domestik dan mengukuhkan ikatan antara bahagian yang berlainan di Malaysia. - DagangNews.com