Muhyiddin positif COVID-19, hanya alami gejala ringan | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Muhyiddin positif COVID-19, hanya alami gejala ringan

Tan Sri Muhyiddin Yassin
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 9 Feb - Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah didapati positif COVID-19 selepas membuat ujian Reverse Transcriptase-​Polymerase Chain Reaction (RT-PCR).

 

Muhyiddin yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) berkata, bagaimanapun beliau hanya mengalami gejala ringan dan berada dalam keadaan baik. 

 

"Mengikut protokol Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), saya akan menjalani kuarantin kendiri di rumah. 

 

"Kepada sesiapa yang berkemungkinan menjadi kontak rapat saya, saya nasihatkan supaya mematuhi protokol yang ditetapkan oleh KKM," katanya menerusi hantaran Facebooknya hari ini. 

 

Beliau turut memohon orang ramai mendoakan kesihatan beliau dan keluarga.

 

PM

 

 

Sementara itu, Perdana Menteri dalam hantaran menerusi Twitter rasmi beliau turut mendoakan agar Allah SWT memberi kesembuhan dan melindungi Tan Sri sekeluarga.- DagangNews.com