MSM lantik Maxis perkukuh rangkaian kumpulan di seluruh negara | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

MSM lantik Maxis perkukuh rangkaian kumpulan di seluruh negara

 

 

KUALA LUMPUR 28 April - MSM Malaysia Holdings (MSM) melantik Maxis Berhad dalam usaha memperkukuhkan infrastruktur rangkaian di seluruh negara menerusi Maxis Programmable Network (MPN). 

 

Dengan MPN, Maxis akan menyediakan pelbagai laluan internet dan kesalinghubungan selamat ke semua kilang gula dan pejabat MSM di Lembah Klang, Pulau Pinang, dan Johor. 

 

Ini dapat membantu MSM memenuhi permintaan tinggi dari segi persidangan video, pemantauan keselamatan langsung, dan rangkaian produktiviti di 5 kilang dan pejabat MSM.

 

Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan Maxis, Paul McManus berkata, dengan kerjasama ini, syarikat akan dapat meraih faedah digitalisasi dan keupayaan rangkaian kelas perusahaan generasi baru. 

 

"Kami berharap kerjasama dengan MSM ini akan memberi nilai dan impak kepada perniagaan mereka untuk
Terus Menerajui,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MSM, Syed Feizal Syed Mohammad berkata, sebagai pengeluar gula halus terkemuka di Malaysia, MSM terus berinovasi dan mengubah perniagaan untuk mengekalkan kelebihan daya saing. 

 

"Kami memahami kepentingan digitalisasi untuk mewujudkan organisasi yang berprestasi tinggi dan cekap. 
"Rangkaian Maxis akan menjadi tulang belakang operasi kami untuk lebih tangkas dan berskala,” katanya.

 

Dengan perkhidmatan yang diuruskan Maxis, MSM juga akan melakukan pemantauan rangkaian sepanjang waktu untuk memastikan waktu henti yang minimum serta tahap keselamatan yang tinggi untuk mencegah sebarang
pencerobohan.

 

MPN ialah rangkaian perisian-dengan definisi pertama yang boleh diprogramkan di Malaysia. - DagangNews.com