MR D.I.Y. tawar pulangan tunai, diskaun sempena Aidilfitri | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

MR D.I.Y. tawar pulangan tunai, diskaun sempena Aidilfitri

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 15 April - Sempena Aidilfitri, Kumpulan MR D.I.Y. [MR D.I.Y.] kembali mengadakan Kempen Mega Cashback dengan kerjasama enam penyedia perkhidmatan kewangan bagi menawarkan diskaun menarik di semua cawangan yang mengambil bahagian, sehingga 31 Mei 2022.

 

Enam penyedia perkhidmatan tersebut adalah lima penyedia e-dompet, termasuk Boost, Grabpay, MAE oleh Maybank, Shopeepay dan Touch ‘n Go eWallet serta bank HSBC. 

 

Ketua Pemasaran Kumpulan MR. D.I.Y. , Alex Goh berkata, Kempen Mega Cashback MR D.I.Y. yang pertama pada Februari lalu telah berjalan lancar dan para pelanggan memanfaatkan peluang tersebut untuk menikmati nilai yang hebat di cawangan-cawangan MR. D.I.Y. 

 

"Disebabkan sambutan yang hebat inilah, kami membuat keputusan untuk membawa kembali kempen ini, kali ini dengan tawaran yang lebih menarik untuk membantu rakyat Malaysia menikmati lebih penjimatan dan manfaat apabila mereka membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya dan musim cuti nanti. 

 

"Memandangkan rakyat Malaysia akan mendapatkan barangan keperluan harian, produk perayaan dan hadiah serta buah tangan, ternyata ini masa yang paling sesuai untuk kami memberi lebih ganjaran kepada mereka.

 

“Selepas dua tahun beraya di bawah perintah kawalan pergerakan, semua pasti teruja untuk pulang ke kampung, menziarahi sanak saudara dan beraya bersama mereka yang tersayang pada Hari Raya Aidilfitri nanti. Kami ingin membantu menjadikan pengalaman ini lebih mampu milik, mudah dan menguntungkan untuk mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

 

 

mrdiy

 

 

mrdiy

 

 

mrdiy

 

 

Kempen Mega Cashback akan dijalankan serentak dengan kempen ‘Raya Serba Baharu’ peruncit. Rakyat Malaysia boleh mendapatkan lebih daripada 200 barangan keperluan untuk Hari Raya yang ‘Always Low Prices’, termasuk barangan popular untuk musim perayaan seperti langsir, sarung kusyen, serta barangan perhiasan rumah dan kelengkapan dapur.

 

'Mega Cashback’ MR. D.I.Y. akan berlangsung di cawangan MR. D.I.Y., MR. TOY dan MR. DOLLAR yang mengambil bahagian serta mempunyai perkhidmatan bayaran e-dompet berkenaan. 

 

Maklumat mengenai promosi ini boleh didapati di https://www.mrdiy.com/promotion/327/MR.DIY-Mega-Cashback-2022/. Untuk maklumat lanjut mengenai MR D.I.Y., layari www.mrdiy.com, platform e-dagang, www.mrdiy.com.my,Facebook, dan Instagram. - DagangNews.com